Friday 13 November 2015

WAKAF


Pada zaman awal Islam, wakaf merupakan satu institusi yang sangat penting dimana wakaf ini banyak memberi impak yang besar dalam aktiviti ekonomi serta sosial. Peranan wakaf ini adalah sama seperti kita memberi sedekah tetapi perbezaanya terletak pada mereka yang melakukakan wakaf dimana mereka akan mendapat pahala yang berkekalan selagi harta wakaf itu digunakan dan memberi kemudahan yang bermanfaat kepada orang lain.
Pengertian wakaf dari segi bahasa ialah menahan. Manakala dari segi istilah pula adalah menahan sesuatu yang kekal dari segi zatnya, serta yang diambil manfaat darinya untuk kebaikan dan kemajuan. Maka, jelaslah disini bahawa wakaf itu merupakan sesuatu pemberian tetapi hanya manfaatnya yang boleh diambil tetapi harta tersebut tetap ada atau wujud seperti masjid misalnya. Dalil pensyariatan wakaf ini terdapat dalam Surah Ali-Imran ayat 92 yang bermaksud, “ Kamu tidak sekali-kali akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi, dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.”
Amalan wakaf dalam Islam telah dimulakan oleh Rasulullah S.A.W. dimana baginda telah membina masjid Quba’ di atas tanah yang telah diwakafkan oleh baginda ketika baginda berhijrah ke Madinah bersama para sahabat. Sama seperti Masjid Nabawi di mana masjid ini juga telah dibina dengan bersumberkan wakaf. Oleh itu, amalan ini telah diteruskan oleh para sahabat dan tabiin dimana mereka juga banyak mewakafkan harta mereka untuk kepentingan Islam. Mereka amat bersemangat dan yakin bahawa wakaf ini mampu untuk membangunkan syiar Islam pada ketika itu dan memberi galakan pada masyarakat Arab untuk mewakafkan harta sebelum mereka meninggal dunia.
Di Malaysia pula, wakaf ini sudah lama dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat Melayu terutamanya. Kebanyakannya, harta wakaf adalah untuk tujuan pembangunan seperti institusi keagamaan seperti surau, masjid yang memberi kemudahan serta manfaat bagi mereka yang menggunakannya. Manakala, hal-hal bagi pengurusan wakaf ini akan dikendalikan oleh golongan yang pakar, tetapi pada zaman moden kini terdapat banyak badan-badan pengurusan wakaf yang mahir dalam pengendalian harta wakaf ini

No comments:

Post a Comment