Tuesday 10 November 2015

MAKSUD BERSENAM DAN KELEBIHANNYA



Apakah itu senaman?

Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan secara berulang-kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal. Senaman juga melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak. Senaman juga memberi pelbagai kelebihan untuk kesihatan badan kita.

Antara salah satu cara untuk kita menjaga kesihatan adalah dengan bersenam. Ramai pakar perubatan menyatakan senaman antara ubat yang bukan saja murah, malah amat berkesan untuk merawat dan mengawal pelbagai masalah kesihatan yang dihidapi.  Ini kerana, semakin kita berusia  semakin banyak risiko penyakit yang menunggu. Oleh itu jadikanlah senaman sebagai ‘makanan harian' untuk menjaga kesihatan diri sendiri.

Kelebihan Senaman

1) Meningkatkan kekuatan dan daya tahan.
2) Mencapai berat badan yang unggul.
3) Meningkatkan kecergasan fizikal.
4) Meningkatkan kelembutan sendi.
5) Mengawal tekanan darah.
6) Mencapai paras kolestrol yang normal.
7) Mengawal keseimbangan makanan.
8) Mengurangkan paras tekanan.

1 comment:

  1. 10cric login - Gold Casino
    1. Login - 카지노 1. Login. 10cric login Welcome to the top Casino. We provide casino information that will help leovegas you find the best online casinos for your enjoyment.

    ReplyDelete